The founding of Melaka comes from two differing sources - Sejarah Melayu and Suma Oriental. Both accounts share similar information, yet the founder of Melaka in each accounts are two different people separated by five generations, with Sejarah Melayu relating the story of Iskandar Shah, a descendant of the legendary Sang Sapurba as the one who started it all after fleeing Temasek to escape the Majapahit attack, while Suma Oriental tells of Parameswara, a Palembang prince that escapes a Siamese attack and finds his way to Melaka.
Sabri Zain mentions that "You can see that the early history of the peninsula is not an exact science and you can sympathise with the poor modern historian who has to consolidate and reconcile such differeng accounts.
The Sejarah Melayu's . . . main theme was to laud the splendour, greatness and superiority of the Melaka Sultanate - and it was written at a time when the Johor court, successors of the Melaka Sultan, were being attacked by Portugese and Achinese. The Sejarah Melayu was probably an attempt by the Johor court to overcome its sense of lost fortunes by regaining the past glories of a mythical golden age.
That said, one must also remember that (Tomé) Pires himself intended the Suma Oriental to serve as a reference book for the new Portugese masters of Melaka and, as such, while apprearing more 'authentic', could not have been completely free of bias against their vanquished foes."
---
References:
http://www.sabrizain.org/malaya/parames1.htm
Sunday, 21 February 2016
Friday, 29 January 2016
Selangor Residents' Trivia
After J.W.W.
Birch’s murder in Perak, J.G. Davidson was transferred to replace him as
Resident of Perak. J.P. Rodgers (1896-1901) and Frank Swettenham (1882-1889) both
served as Residents in Selangor.
Campur Tangan British di Selangor
Menjelang akhir
tahun 1873, kegiatan lanun dan rompakan semakin merebak di sepanjang pantai
negeri Selangor. Keadaan itu tidak dapat dikawal dan ada antara putera sultan
sendiri yang dikatakan terlibat dalam kegiatan tersebut.
Sebuah kapal dari
Melaka milik rakyat British telah diserang oleh lanun di Langat yang merupakan
tempat kediaman Sultan Abdul Samad. Lapan orang anak kapal rakyat British
terbunuh. Putera Sultan Abdul Samad yang ketiga, Raja Yaakub disyaki
bertanggungjawab ke atas rompakan itu. Pada akhir Disember 1873, sebuah lagi
kapal dari Melaka telah diserang, tetapi tiada sebarang tindakan diabil.
Lanun-lanun tersebut juga menyerang rumah api Tanjung Tuan awal Januari 1874.
Rumah api tersebut telah didirikan oelh kerajaan British dengan kebenaran
Sultan Abdul Samad.
Andrew Clarke
meminta sultan membicarakan lanun-lanun yang ditangkapnya dan supaya
membinasakan kubu-kubu lanun. Lanun-lanun tersebut didapati bersalah dan
dijatuhkan hukuman bunuh. Tidak lama selepas itu, berlakunya satu rompakan di
Kuala Labu yang dikatakan orang Raja Mahadi. Clarke meninggalkan seorang
pegawai tadbir awam NNS, Frank Swettenham di Selangor untuk membantu sultan
dalam urusan pemerintahan negeri sebagai penasihat tidak rasmi kepada sultan.
Sultan tertarik
dengan kebolehan Swettenham dan tuliskan sepucuk surat ke Clarke menyatakan:
Sangatlah beta
berterima kasih kepada sahabat beta yang telah menghantar seorang pegawai
Inggeris . . . pegawai yang sahabat beta hantarkan itu terlalu pandai dan juga
terlalu bijak dalam hal adat pemerintahan Melayu . . .
Sultan meminta
Clarke melantk Swettenham menjadi penasihat baginda dan menawarkan negeri
Selangor diletakkan di bawah naungan British. Pihak NNS tidak setuju dengan
cadangan tersebut sebab Swettenham dianggap terlalu muda (umur 24 tahun). J.G.
Davidson dilantik sebagai Residen, dan Swettenham dilantik sebagai Penolong
Residen.
---
References:
Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kursus
Komprehensif Fajar Bakti. 2e
Perang Saudara Selangor 1866-73 (part 2)
Tengku Kudin
dilantik sebagai Wakil Sultan sebagai usaha baginda mengusir Raja Mahadi, tapi
perlantikannya dibantah oleh kerabat raja yang lain yang menganggapnya sebagai
“orang luar”. Mereka bersatu tenaga untuk menetang Tengku Kudin.
Pada mulanya,
Tengku Kudin menawarkan dirinya sebagai orang tengah untuk mendamaikan
persengketaan antara Raja Mahadi dengan Raja Ismail (putera Raja Abdullah yang
meneruskan penetangannya selepas kemangkatan Raja Abdullah), namun ditolak oleh
Raja Mahadi.
Selepas ditolak,
Tengku Kudin bergabung dengan Raja Ismail menentang Raja Mahadi. Beliau
menggunakan strategi tidak terus menyerang, tetapi menyekat kemasukan
barang-barang (terutamanya barangan makanan) ke Klang. Beliau juga menyekat
perdagangan bijih timah di antara Klang dengan kawasan darat di Selangor.
Puak Hai San yang
diketuai oleh Yap Ah Loy memberi sokongan kepada Tengku Kudin, dan pada akhir
tahun 1872, dengan bantuan orang Bendahara Wan Ahmad dari Pahang, Raja Mahadi
berjaya diusir.
---
References:
Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kursus
Komprehensif Fajar Bakti. 2e
Perang Saudara Selangor 1866-73 (part 1)
Raja Mahadi iri
hati atas kejayaan dan keuntungan Raja Abdullah dalam perusahaan perlombongan
bijih timah dan cuba menuntut hak beliau ke atas Lembah Klang, tetapi ditolak
oleh Sultan Abdul Samad.
Bagi mengelakkan
sebarang kekecohan, Raja Abdullah bersetuju membayar wang sagu hati setiap
bulan kepada Raja Mahadi, tetapi Raja Mahadi berpendapat bahawa beliau
sepatutnya menerima sekurang-kurangnya setengah daripada hasil pendapatan
daerah Klang. Beliau membuat tuntutan kepada Sultan Abdul Samad tetapi ditolak,
dan Sultan Abdul Samad menasihatkan Raja Abdullah supaya menghentikan terus
bayaran sagu hatinya.
Raja Abdullah dan
Sultan Abdul Samad merupakan pembesar keturunan Bugis. Hubungan antara orang
Bugis dengan orang Melayu Sumatera sudah renggan sejak abad ke-18 lagi kerana
mereka sering berperang untuk menyebelahi raja masing-masing dalam merebut
kuasa kerajaan di Johor dan Riau.
Terdapat satu
pergaduhan antara orang Melayu Sumatera dan orang Bugis yang menyebabkan
seorang bernama Panchik Rasul mati dibunuh. Orang Melayu Sumatera menuntut Raja
Abdullah menghukum pembunuhnya, tetapi ditolak. Orang Melayu Sumatera mencari
Raja Mahadi untuk menawarkan bantuan jika beliau sanggup berperang melawan Raja
Abdullah. Raja Mahadi juga disokong oleh Kongsi Gelap Ghee Hin dan anak-anak
Bendahara Wan Mutahir.
Pada akhir tahun
1866, Raja Mahadi berjaya menawan Klang dan memaksa Raja Abdullah berundur ke
Melaka. Raja Abdullah menerima kekalahan apabila dijanji Raja Mahadi bayaran
$500 sebulan hasil kutipan cukai. Raja Mahadi menimbulkan kemurkaan Sultan
Abdul Samad apabila beliau menghentikan bayaran bulanan seperti yang
dijanjikan. Sultan memutuskan pertunangan puterinya, Raja Arfah dengan Raja
Mahadi, dan mengkahwinkan puterinya kepada Tengku Kudin.
---
References:
Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kursus
Komprehensif Fajar Bakti. 2e
Labels:
Bugis,
Klang,
Raja Abdullah,
Raja Mahadi,
Selangor,
Sultan Abdul Samad,
Sumatera,
Tengku Kudin
Why Raja Mahadi doesn't like Raja Abdullah
Semasa Sultan
Muhammad Shah menjadi raja (1826-1857), baginda menyerahkan daerah lembah
Sungai Klang kepada putera sulungnya, Raja Sulaiman. Apabila mendapati Raja
Sulaiman tidak berusaha memajukan kawasan tersebut, baginda telah menyerahkan
daerah tersebut kepada menantu saudaranya, iaitu Raja Abdullah bin Tunku
Jaafar. Tindakan Sultan Muhammad menimbulkan bantahan daripada Raja Mahadi,
putera Raja Sulaiman., yang berpendapat beliau yang lebih berhak menerima
warisan ayahnya.
Raja Abdullah
berusaha untuk membangunkan daerah tersebut – beliau pergi ke Melaka dan
berjaya memperoleh pinjaman sebanyak $30,000 daripada dua orang tauke, Chee Yam
Chuan dan Lim Say Hoe. Raja Abdullah juga membawa masuk buruh-buruh Cina untuk
mengerjakan lombong-lombong yang baru dibuka. Menjelang tahun 1859, bijih timah
yang dikeluarkan itu dieksport ke NNS. Beliau memperoleh pendapatan yang lumayan
dari jualan bijih timah dan cukai-cukai daripada bijih timah. Menjelang tahun
1860, terdapat kira-kira 100,000 orang Cina di negeri-negeri di pantai barat
Tanah Melayu (tertarik oleh kejayaan usaha perlombongan).
---
References:
Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kursus
Komprehensif Fajar Bakti. 2e
Textbook errors
The Form 2 textbook states
that Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda, when in fact he is given a new title
“Sultan Muda” with a monthly pay of $1,000.
Subscribe to:
Posts (Atom)