Tengku Kudin
dilantik sebagai Wakil Sultan sebagai usaha baginda mengusir Raja Mahadi, tapi
perlantikannya dibantah oleh kerabat raja yang lain yang menganggapnya sebagai
“orang luar”. Mereka bersatu tenaga untuk menetang Tengku Kudin.
Pada mulanya,
Tengku Kudin menawarkan dirinya sebagai orang tengah untuk mendamaikan
persengketaan antara Raja Mahadi dengan Raja Ismail (putera Raja Abdullah yang
meneruskan penetangannya selepas kemangkatan Raja Abdullah), namun ditolak oleh
Raja Mahadi.
Selepas ditolak,
Tengku Kudin bergabung dengan Raja Ismail menentang Raja Mahadi. Beliau
menggunakan strategi tidak terus menyerang, tetapi menyekat kemasukan
barang-barang (terutamanya barangan makanan) ke Klang. Beliau juga menyekat
perdagangan bijih timah di antara Klang dengan kawasan darat di Selangor.
Puak Hai San yang
diketuai oleh Yap Ah Loy memberi sokongan kepada Tengku Kudin, dan pada akhir
tahun 1872, dengan bantuan orang Bendahara Wan Ahmad dari Pahang, Raja Mahadi
berjaya diusir.
---
References:
Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kursus
Komprehensif Fajar Bakti. 2e
No comments:
Post a Comment