Friday 29 January 2016

Why Raja Mahadi doesn't like Raja Abdullah

Semasa Sultan Muhammad Shah menjadi raja (1826-1857), baginda menyerahkan daerah lembah Sungai Klang kepada putera sulungnya, Raja Sulaiman. Apabila mendapati Raja Sulaiman tidak berusaha memajukan kawasan tersebut, baginda telah menyerahkan daerah tersebut kepada menantu saudaranya, iaitu Raja Abdullah bin Tunku Jaafar. Tindakan Sultan Muhammad menimbulkan bantahan daripada Raja Mahadi, putera Raja Sulaiman., yang berpendapat beliau yang lebih berhak menerima warisan ayahnya.


Raja Abdullah berusaha untuk membangunkan daerah tersebut – beliau pergi ke Melaka dan berjaya memperoleh pinjaman sebanyak $30,000 daripada dua orang tauke, Chee Yam Chuan dan Lim Say Hoe. Raja Abdullah juga membawa masuk buruh-buruh Cina untuk mengerjakan lombong-lombong yang baru dibuka. Menjelang tahun 1859, bijih timah yang dikeluarkan itu dieksport ke NNS. Beliau memperoleh pendapatan yang lumayan dari jualan bijih timah dan cukai-cukai daripada bijih timah. Menjelang tahun 1860, terdapat kira-kira 100,000 orang Cina di negeri-negeri di pantai barat Tanah Melayu (tertarik oleh kejayaan usaha perlombongan).

---
References:

Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kursus Komprehensif Fajar Bakti. 2e

No comments:

Post a Comment