Menjelang akhir
tahun 1873, kegiatan lanun dan rompakan semakin merebak di sepanjang pantai
negeri Selangor. Keadaan itu tidak dapat dikawal dan ada antara putera sultan
sendiri yang dikatakan terlibat dalam kegiatan tersebut.
Sebuah kapal dari
Melaka milik rakyat British telah diserang oleh lanun di Langat yang merupakan
tempat kediaman Sultan Abdul Samad. Lapan orang anak kapal rakyat British
terbunuh. Putera Sultan Abdul Samad yang ketiga, Raja Yaakub disyaki
bertanggungjawab ke atas rompakan itu. Pada akhir Disember 1873, sebuah lagi
kapal dari Melaka telah diserang, tetapi tiada sebarang tindakan diabil.
Lanun-lanun tersebut juga menyerang rumah api Tanjung Tuan awal Januari 1874.
Rumah api tersebut telah didirikan oelh kerajaan British dengan kebenaran
Sultan Abdul Samad.
Andrew Clarke
meminta sultan membicarakan lanun-lanun yang ditangkapnya dan supaya
membinasakan kubu-kubu lanun. Lanun-lanun tersebut didapati bersalah dan
dijatuhkan hukuman bunuh. Tidak lama selepas itu, berlakunya satu rompakan di
Kuala Labu yang dikatakan orang Raja Mahadi. Clarke meninggalkan seorang
pegawai tadbir awam NNS, Frank Swettenham di Selangor untuk membantu sultan
dalam urusan pemerintahan negeri sebagai penasihat tidak rasmi kepada sultan.
Sultan tertarik
dengan kebolehan Swettenham dan tuliskan sepucuk surat ke Clarke menyatakan:
Sangatlah beta
berterima kasih kepada sahabat beta yang telah menghantar seorang pegawai
Inggeris . . . pegawai yang sahabat beta hantarkan itu terlalu pandai dan juga
terlalu bijak dalam hal adat pemerintahan Melayu . . .
Sultan meminta
Clarke melantk Swettenham menjadi penasihat baginda dan menawarkan negeri
Selangor diletakkan di bawah naungan British. Pihak NNS tidak setuju dengan
cadangan tersebut sebab Swettenham dianggap terlalu muda (umur 24 tahun). J.G.
Davidson dilantik sebagai Residen, dan Swettenham dilantik sebagai Penolong
Residen.
---
References:
Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kursus
Komprehensif Fajar Bakti. 2e
No comments:
Post a Comment