Tuesday 19 January 2016

Ngah Ibrahim (Perak)

This is a post on Ngah Ibrahim and how he ended up playing a big role in the Perak conflict, and why he is included in Perjanjian Pangkor.

1850: Raja Ngah Ali (Raja Muda Perak) selaku wakil Sultan Perak mengurniakan secara rasmi daerah Larut kepada Long Jaafar menerusi surat akuan yang bertarikh 6 Nov 1850. Sejak itu, Larut di bawah perintah Long Jaafar sebagai Orang Besar Jajahan Negeri Perak. Selepas Long Jaafar meninggal dunia, anaknya, Ngah Ibrahim menggantikan beliau.

1858: Sultan Perak mengesahkan pengurniaan daerah Larut kepada Ngah Ibrahim dengan tiada sesiapa pun yang boleh membatalkannya. Beliau diberi kuasa membuat undang-undang sendiri, mengadakan hubungan dengan negeri-negeri lain serta berunding secara langsung dengan pihak British di Pulau Pinang tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Sultan Perak.


Ngah Ibrahim menjadi kaya melalui lombong bijih timah sendiri, cukai eksport bijih timah, cukai import candu, minuman keras dan lain-lain bekalan yang dibawa masuk untuk pekerja-pekerja di Larut, serta menerima wang dari rumah-rumah penjudian.

No comments:

Post a Comment