Raja Yusuf yang
sepatutnya dilantik menjadi Raja Bendahara tidak disetujui oleh Sultan Jaafar
kerana semasa pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad Shah (ayahanda Raja Yusuf),
berlakunya perbalahan antara kedua-dua mereka. Raja Bendahara diberi kepada
Sultan Ismail, yang bukannya waris yang berhak dalam menuntut takhta Perak
sebab ayahandanya berasal dari Siak.
Apabila Sultan
Jaafar mangkat, puteranya Raja Abdullah dilantik Raja Muda kerana Raja Ismail dianggap
tidak layak dinaikkan pangkat. Raja Yusuf sekali lagi diketepikan.Raja Yusuf
memberi amaran untuk berjuang menuntut takhta apabila Sultan Ali mangkat kerana
takhta itu adalah haknya.
Apabila Sultan
Ali mangkat, terdapat tiga orang yang menuntut takhta, iaitu Raja Abdullah,
Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Abdullah diundang menghadiri upacara pemakaman
jenazah Al-Marhum Sultan Ali di Sayong. Mengikut adat istiadat Melayu Perak,
bakal sultan mestilah hadir dan mengangkat sumpah sebagai sultan yang baru
sebelum istiadat pengebumian bekas sultan disempurnakan.
Raja Abdullah
tidak hadir dalam upacara tersebut kerana bimbang dibunuh oleh pengikut Raja
Yusuf. Perjalanannya dari Batak Rabit (bahagian hilir Sungai Perak) perlu
melalui daerah Senggang yang didiami Raja Yusuf.
Setelah menunggu
ketibaan Raja Abdullah lebih dari sebulan, pembesar Perak membuat keputusan
bahawa jenazah Al-Marhum Sultan Ali mesti dimakankan dan pengganti sultan
ditabalkan. Raja Ismail seterusnya dilantik sebagai Sultan. (Ngah Ibrahim
dikatakan memainkan peranan penting di belakang tabir yang membawa kepada
perlantikan Raja Ismail sebagai sultan).
---
References:
Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kursus
Komprehensif Fajar Bakti. 2e
No comments:
Post a Comment