Perang Larut 1
Long Jaafar
melantik Law Ah Sam dari Pulau Pinang sebagai ejen untuk mengendalikan
lombongnya di Klian Pauh. Law Ah Sam merupkan ahli kumpulan Hai San (reason why
Long Jaafar and Ngah Ibrahim are often seen biased towards Hai San).
Ghee Hin dan Hai
San tinggal dalam dua kawasan petempatan yang berasingan, tetapi sempadan
kawasan masing-masing tidak mutlak. Ini membolehkan kedua-kedua kumpulan
tersebut sentiasa bersaing untuk mendapatkan kawasan bijih timah yang baik.
1861: Seorang
pelombong Hai San bergaduh dengan jirannya dari Ghee Hin sebab pelombong Hai
San menyekat aliran air daripada mengalir ke lombong puak Ghee Hin. (After much
arguing, fighting, plundering, deaths etc) Puak Ghee Hin yang kecil bilangannya
melari diri ke Permatang, dan mengadu ke Residen Kaunselor British di Pulau
Pinang. British menetapkan wang ganti rugi sebanyak $17, 500 dibayar oleh
Sultan Perak kepada puak Ghee Hin, dan Sultan Perak menitah Ngah Ibrahim untuk
menjelaskan bayaran itu.
Perang Larut 2
1865:
Pertengkaran di sebuah kedai judi di Klian Pauh, seorang anggota puak Ghee Hin
ditikam oleh puak Hai San. (After more fighting, murdering, kidnapping and
war), Ghee Hin yang kalah melari lagi ke Pulau Pinang dan menuntut Gabenor NNS
membayar ganti rugi. (Hai San menang sebab mendapat bantuan dari Ngah Ibrahim)
Kerajaan British enggan campur tangan untuk kali kedua. Kemenangan Hai San
mendorong mereka untuk melanjutkan pertikaian itu ke P. Pinang. Hai San
bergabung dengan Toh Peh Kong dan Bendera Merah (kongsi gelap orang Islam
Melayu dan India), manakala Ghee Hin bergabung dengan Bendara Putih.
Rusuhan besar-besaran
meletus di P. Pinang sepanjang 5 hari. British menghentikan rusuhan tersebut
dan mendendakan $5,000 atas kedua-dua pihak. Ketua-ketua kumpulan kongsi gelap
ditangkap dan dibuang negeri.
Perang Larut 3
Lee Ah Khun,
ketua puak Ghee Hin mengadakan hubungan sulit dengan isteri pemimpin puak Hai
San. Lee Ah Khun dan wanita tersebut ditangkap oleh Hai San, diseksa dan
dimasukkan ke dalam keranjang babi untuk diarak sebelum dibunuh.
Puak Ghee Hin
membuat serangan mengejut dan berjaya menewaskan puak Hai San. Ngah Ibrahim
tidak memberi bantuan kepada puak Hai San, tapi menyewakan tongkang-tongkang
bagi membantu puak Hai San melarikan diri ke P. Pinang. Puak Hai San menanggap
bantuan Ngah Ibrahim sebagai satu helah untuk mengusir mereka keluar dari Larut.
Ini terbukti apabila Ngah Ibrahim menyerahkan kuasa ke atas lombong-lombong
tinggalan Hai San kepada Ghee Hin dengan kenakan cukai yang lebih tinggi.
(More wars later)
Keadaan menjadi lebih teruk apabila Raja Abdullah menyokong Ghee Hin, dan Ngah
Ibrahim menyokong Hai San dengan bantuan senjata dan tentera.
Keadaan ini
membimbangkan British kerana pergaduhan tersebut semakin hampir dengan sempadan
daerah British di Seberang Perai.
No comments:
Post a Comment